Monday, August 08, 2011

'Ke mana perginya wang zakat kita?'

Sekadar berkongsi untuk renungan semua.

**************************************************

Saya belum ingin mengulas tentang serbuan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan serbuan' itu.

Cumanya, sepertimana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.

NONESaya ingin menyentuh tentang orang Islam yang hadir di majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.

Difahamkan bahawa orang Islam yang hadir, terutama ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal.

Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa 'jatuh hati' dan 'terhutang budi'. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;

1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' kepada orang lain?

2. Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri.

Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih.

Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?

3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!

4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat.

Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

5. Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu.

Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa.

Janganlah jika kita gagal membantu – sedangkan kita mampu - kita menyalahkan orang lain yang membantu.

6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan.

Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim?

Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?

Maka, banyak persoalan perlu masyarakat Muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!

source : http://malaysiakini.com/news/172234

Thursday, August 04, 2011

Laman Ramadhan 3 : Maksimumkan Faedah Berbuka

“Adik nak air tebu, murtabak, kuih puteri mandi …” riuh rendah adik Ahmad meminta ibunya menyediakan juadah berbuka untuknya sambil duduk berteleku menunggu masuknya waktu. Walaupun lesu mukanya tetapi ada riak kegembiraan disebaliknya.

Itulah sedikit gambaran gembiranya kita ketika berbuka ..

Rasulullah menyebut : “Bagi orang yang berpuasa ada 2 kegembiraan; ketika berbukanya dan ketika bertemu dengan Tuhannya ..”

Untuk manfaatkan masa berbuka ini, mari kita amalkan tips berikut :

  • Berhemahlah di dalam menyediakan juadah berbuka
  • Berbukalah bersama ahli keluarga
  • Ketika semua telah berada di meja makan, santunilah mereka.
  • Ambil peluang sebelum berbuka untuk berdoa.
  • Bacalah doa yang diajar oleh Rasulullah.
  • Segerakan berbuka.
  • Mulakan berbuka dengan kurma walau di hadapan kita pelbagai makanan yang menggiurkan.
  • Jika tiada kurma, mulakan dengan air mineral.
  • Jangan makan sampai terlalu kenyang.
  • Jangan lewatkan solat magrib.

Manfaatkan waktu berbuka anda untuk menghubungkan silaturrahim bersama ahli keluarga ..

Ihsan dari;

BAKIP KLCC

Laman Ramadhan 2 : Bijak Merancang

Teringat saya ketika membaca buku motivasi ‘Jutawan Senyap’ karangan Chef Li. Di dalam buku itu dimuatkan kisah seorang Wak yang datang dari Indonesia menaiki sampan meredah laut.

“Orang lain datang ke Malaysia turun kaki dulu, saya datang ke sini turun kepala dulu,” cerita Wak yang terjun ke laut dari sampannya ketika mula-mula beliau datang ke Malaysia.

Itu dulu. Sekarang Wak sudah menjadi orang kaya. Jenama keretanya BMW. Chef Li yang ketika itu seorang pegawai bank pun terkejut kerana Wak mampu menyimpan ratusan ringgit setiap hari di dalam bank yang diuruskannya.

Apa rahsia Wak ini ?

Rahsianya ialah bijak merancang. Kita tidak boleh buat semua kerja seorang diri. Jutawan hari ini bukannya kaya dengan kerjanya seorang diri. Sudah pasti ramai yang terlibat di dalam menjadikannya seorang jutawan. Mungkin para pekerjanya, pelanggannya dan pihak-pihak yang lain..

Wak menjadi kaya kerana memiliki beberapa beberapa buah gerai menjual ais kacang yang dijaga oleh pekerjanya. Bayangkanlah, kalau satu gerai Wak boleh untung RM 50 sehari. Berapa Wak dapat kumpul dalam satu jika dia memiliki 6 gerai ?!..

Itu perancangan untuk mengumpul kekayaan dunia …

Bagaimana pula perancangan untuk mengumpul kekayaan akhirat?!.. Teknik yang sama kita boleh aplikasikan. Kalau hanya mengharap masa kita yang singkat dan kudrat kita yang terhad, pastinya kita tidak mampu menjadi ‘Jutawan Akhirat’.

Mari kita renung kata-kata Rasullah : “Barangsiapa memberi makanan berbuka di bulan Ramadhan kepada seseorang yang berpuasa maka ganjarannya adalah pengampunan bagi dosanya, kemerdekaan dirinya dari neraka dan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu tanpa sedikitpun dikurangkan pahala puasanya.”

Inilah rahsia seorang yang bijak merancang untuk akhirat. Sponsorlah juadah berbuka kepada orang-orang yang berpuasa. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang sangat memerlukan.

Cubalah, insyaAllah hasrat anda untuk menjadi ‘Jutawan Akhirat’ pasti tercapai .. J

Ihsan;

BAKIP KLCC

Urusetia Tazkirah Jumaat

KHUTBAH AWAL RAMADHAN

Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman RA, katanya: “Rasulullah SAW berkhutbah pada hari terakhir dari bulan Syaaban di hadapan kami. Maka baginda bersabda:

“Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang hebat lagi penuh keberkatan iaitu bulan yg di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan ini, Allah telah menjadikan puasa di siang harinya suatu kefardhuan dan ibadah sunat di malam harinya suatu tuntutan.

Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu amalan sunat di dalamnya, samalah seperti seorang yang menunaikan suatu amal fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa menunaikan suatu amal fardhu di dalam bulan Ramadhan samalah seperti seorang yang mengerjakan 70 amal fardhu di bulan yang lain.

Ramadhan adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan adalah bulan memberikan bantuan dan bulan Allah menambah rezeki para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa maka ganjarannya adalah pengampunan bagi dosanya, kemerdekaan dirinya dari neraka dan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu tanpa sedikitpun dikurangkan pahalanya.

Para sahabat berkata: “Ya Rasulullah SAW, bukan semua kami mampu memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa?.” Maka bersabda Rasulullah SAW: “Allah tetap memberikan pahala ini kepada orang yang member walau sebiji kurma atau seteguk air atau sehirup susu.

Dialah bulan yg permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya merdeka dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari hamba sahaya (pembantu/pekerja), nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.

Kerana itu, banyakkan 4 perkara di dalam bulan Ramadhan. Dua daripadanya untuk kamu meraih redha Tuhanmu dan dua perkara lagi adalah keperluan kamu yang mendesak. Dua perkara yang pertama adalah banyakkan mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah (ucapan LailahailLah) dan mohon ampun kepadaNya (ucapan istighfar). Dua perkara lagi ialah banyakkan (berdoa) memohon syurga dan berlindung dari neraka.

Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan sekali minum yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya sehingga ia masuk dalam syurga.”

(Rujuk : Kitab At Targhib Wat Tarhib karangan Imam Hafiz Al-Munziri)